Bagaimana dapat aku katakan,dapat ku luahkan.pada cinta ku yg pergi..benarlah 'hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan..' Cinta pertama yang memberi kesan hingga sekarang..Entahlah,aku pun tak tahu bagaimana setabah ini dapat ku lalui ini,bagaimana lelah dan luka nya aku menahan pedih luka cinta pertamaku ini.
Syikin,
andainya kau mendengar..
andainya ada kau disisi ku..
saat ini..
apalagi yang ku mahu?
kalau bukan cinta mu
dan
aku tak mungkin sebegini
bila kau pergi
tinggalkan aku sendiri
dalam dunia sepi
hatiku yg telah kau bawa pergi
untuk terus sama bersemadi
andainya kau mendengar..
andainya ada kau disisi ku..
saat ini..
apalagi yang ku mahu?
kalau bukan cinta mu
dan
aku tak mungkin sebegini
bila kau pergi
tinggalkan aku sendiri
dalam dunia sepi
hatiku yg telah kau bawa pergi
untuk terus sama bersemadi
Cinta pertamaku adalah pada usiaku 16 tahun.Cinta pada seorang gadis yang bukan aku cintai mulanya,tapi cinta pada dia yang sangat-sangat membenci aku.Walaupun sudah hampir 22 tahun kisah ini berlalu namun ia takkan pudar.
Gadis yang mulanya membenci aku itulah Syikin.Aku pun taktau pasal apa dia benci aku..
aura aku kabur kut masa tu..hehehe..Tapi aku masih ingat,tiap kali aku parking basikal sebelah basikal dia,dia mula masam muka dan apa aku kata pada dia,"Ko ingat ini tanah bapak ko yang punye..?"hahaha..egonya aku!"Mentang2 bapak dia CPO kat bandar ni..ingat aku takut.."hahaha... kawan2 aku pun gelak,aku pun lagilah suka ati..lagi Syikin marah lagi aku suke hahaha..nakalnya aku.Banyak kenangan aku di sekolah dengan Syikin tapi biarlah aku .simpan dulu dalam diri.
Sebulan sebelum SPM,itulah kenangan cinta berputik.Tingkatan lima,aku lah Ketua Pengawas (ada power..hahaha)
dan Penolong aku dialah Syikin!Aku rasa cam cikgu2 nak ngenakan aku lak!Cikgu pun tahu cinta kami..tu lah,betul..gara-gara benci,marah-marah boleh sayang.Aku masih ingat bila cikgu Azmi kata kat aku,"Mohd Hxxxxx,awak ni selalu marah-marah dengan Nurul Asyikin pasal,awak suke dia? " hahaha...satu kelas gelakkan aku dan Syikin pun aku tengok gelak sama.Aku wat muka selamba...dan aku pun jawab selamba," Ntah la cikgu, jodoh belum nampak,.."hahahaha..satu kelas bagai nak runtuh bangunan gelak!Dari mana idea tu datang ntah..!Dari situ kawan-kawan dah mula gelak-gelakkan aku dan Syikin.Ustaz lak,kalau wat lawak aku jugak jadi bahannya contohnya,"Kita ni kalau nak cari teman,cermin dulu muka tu,,pakai minyak rambut,bagi kilat cam Mohd Hxxxxx tu,perfume jangan lupa.. ye tak Mohd Hxxxxx?jangan jeles,dia ramai peminat sebab dia wangiiii...biaqpun orang tak tau dia tak mandi,betul tak Nurul Asyikin?" hahaha..aku pun tergelak apalagi kawan2 sekelas!Kenangan.. itulah kenangan.
Habis SPM,aku mesti balik KB tinggal dengan Mummy dan Daddy,itu satu perintah yang tak boleh di bagi alasan. Disini,di daerah aku belajar ini aku tinggal dengan atuk dan nenek.Nak dijadikan cerita,habis je SPM akujatuh sakit...sakit kayap!Tuhan je tau betapa sakit yang amat sangat tu..lebih sakit dari segala nya.Dugaan Allah!
Lebih kurang dua minggu terlantar kat katil,satu hari tu kawan2 aku datang melawat aku termasuk Syikin.Dan hari itulah pertama kalinya aku terima surat cinta dari Syikin yang aku simpan sampai sekarang.Antara yang di tulis,'Beego,kalau kau balik KB,jangan lupa aku teman yang akan sentiasa merindui mu setiap waktu.Ingatilah aku dalam doamu sebagaimana aku mendoakan mu.Jangan lupa aku,itu yang kupinta..' dan di akhir surat ini tertulis,'andai aku ucapkan cinta,adakah kau merasainya?'.Berkali-kaliaku baca surat itu.
Pendekkan cerita semasa aku kat KB,kami berdua sering berutus surat.Surat yang berbaur cinta dan rindu.Kekadang bila mummy gan daddy gi keluar,talipon lah jalan mengubat rindu.Orang muda tengah bercinta.
Setahun lebih kurang,daddy hantar aku belajar ke US.Syikin masa itu belum dapat apa-apa tawaran tapi rasanya dia nak jadi cikgu.
3 tahun di US,aku tinggal serumah dengan orang jepun namanya Saiba dan adik Kyoko(Kyoko model dan pramugari JAL)tak sangka lakhouse mate aku perempuan..tapi kyoko takselalu ada dirumah.Saiba lak ada gilfren,orang jepun jugak belajar sama-sama di sana.Aku pulak..merindu Syikin,surat lah jadi pertalian hubungan ini.Dulu2 mana ada internet.
Di tahun kedua di sana,aku terima surat dari Syikin..surat yang memberi kesan dan tandatanya padaku.Disini kisah duka ku bermula.Syikin berjaya ke Maktab perguruan dan yang aku tidak faham,Syikin minta aku lupakan dia demi untuk masa depan aku.Dan bersama surat itu di serta kan kaset Alleycats,'kerana mu'..
aku cuba talipon Syikin,jawapannya Syikin tiada dan surat2 ku tak pernah berbalas.Aku betul-betul frust,Tuhan saja yang tahu hatiku...!
----
Kemanakah hatimu kala aku
menanti kata cinta
mengalir airmata
kala sepi tiba
Kemanakah hatimu kala aku
menanti kata cinta
mengalir airmata
kala sepi tiba
Syikin,aku tidak tahu saat ini yang kau rasa,meminta aku melupakan mu bukan lah perkara mudah.Aku di negeri asing ini begitu tertekan,kesedihan..mencari-cari jawapan yang pasti mengapa tergamak kau buat aku begini.Rasanya mahu terbang aku menemuimu tika itu jua tapi apa dayaku.Aku pun banyak berubah kerana ini dan dari sini aku mula berbaik dengn kyoko(teman serumah ku).Dari tidak merokok aku dah jadi perokok.Aku banyak habiskan masa bersendiri.
Pendekkan cerita,Aku pulang ke tanahair,pulang dengan jiwa yang kosong.Aku dah mula bekerja dengan sebuah syarikat besar di KL.Lebihkurang setahun aku pulang,Atuk meninggal dunia dengan mengejut..atuk kena serangan jantung!Oh Tuhan,baru semalam aku bercakap dalam telefon gan atuk.Atuk tanya aku bila nak balik kampung,aku kata sibuk..memang aku sibuk waktu itu.Atuk aku sebenarnya seorang doktor dan nenek aku seorang jururawat,
mereka sama-sama bertugas di istana.Atuk bukan melayu tulin.Ayah atuk(moyang aku) orang Europah kawin gan melayu,atuk jadi mix.Nenek pulak anak mami dari Penang.Aku cucu yang dibela dari tingkatan satu hingga lima.
12hb Januari,itu tarikh atuk meninggal dan tarikh itu jua,aku menemui cintaku yang hilang.Semasa aku sibuk bersalaman dengan tetamu yang datang mengucap takziah tetiba aku di sape seseorang,"Hai,orang muda,tabahkan hati!"sambil menepuk-nepuk belakangku.Orang itu adalah Tuan CPO,bapakSyikin."Dah jumpa Syikin?dia ada kat dalam kut.."kata dia lagi.Aku terus masuk rumah,duduk disisi nenek.Dengan kacamata hitam yang cover kesedihan ku ini,mata aku mula meliar mencari wajah yang ku rindui.Ye! tak jauh dari depan aku,aku nampak Syikin bersama ibunya.Saat itu,Syikin seperti tahu aku melihatnya,spontan membuka cermin mata hitamnya dan disangkut kat kepala.Aku tahu Syikin turut menangis,dengan kulitnya yang keputihan jelas dia menangis ,dengan hidungnya yang kemerahan itu cam orang kena selsema.Mata kami bertentang,Syikin melemparkan senyum yang tawar kepada ku.Aku membalasnya dengan senyum yang paling manis biarpun aku sedang berduka.
Saat,jenazah di usung keluar,aku cucu lelaki sulung mewakili keluarga dan daddy yang tiada di Malaysia (masa itu daddy bertugas di luarnegara,mummy pun ikut sama)disuruh memberi sedikit ucapan.Aku bagi pihak arwah mohon di ampunkan segala salah silap arwah pada semua,tentang hutang dan bla..bla tetiba aku sebak,aku menangis hingga aku rasa nak rebah sempat dua tiga orang memegang aku.
Malam itu pulak,nenek buat tahlil sekali dengan kenduri menyambut puasa yang akan tiba seminggu lg.Dan aku nampak Syikin ada sebab bapak dan emak dia pun ada.Malam itu bila hampir selesai semuanya,aku cari peluang nak cakap dengan Syikin.Sebetulnya aku dh minta izin bapak Syikin. Aku tunggu kat gate rumah,aku nampak Syikin keluar,hati aku lak yg berdebar.. dan dia terus menghampiri aku.
"Beego,i hope u sabar dengan ujian Tuhan ini,Takziah..semua orang akan melalui situasi ini.."kata Syikin lembut. Ahhh..suara yang aku rindu..wajah yang aku cintai persis wajah Fazura (biarpun zaman tu..fazura takde lg)."U apa khabar,cikgu?"aku mula berkata.Aku lihat Syikin senyum,"I ok,mengajar kat sini,sekolah kita dulu.."Wah bagusnya dia!!Aku rasa cintaku berbunga kembali..ni yang buat aku akan balik kampung je pasni...! :)Malam itu aku tak lena tidur..teringat pada Syikin,teringat pada atuk.Suka dalam duka!!
Pendekkan cerita,dua minggu sebelum puasa aku ambil cuti panjang.Apalagi alasan nak berpuasa gan nenek di kampung tapi sebetulnya nak lebih dekat dengan Syikin.Tiap-tiap malam pergi terawih bersama nenek dan tiap-tiap malam juga berjumpa Syikin di masjid.Sambil menyelam sambil minum air..nak hidup!hehehe...
Satu hari itu,aku ajak Syikin buka puasa kat luar.Dia tak menolak..alhamdulillah!Kami keluar awal pergi shopping dulu,Beli baju raya..dan hari itu Syikin belikan aku sepasang baju melayu dan kain pelikat.Aku tak minta tp hadiah ikhlas darinya,kata Syikin.Sebagai membalasnya aku bayarkan apa2 barangan yang Syikin beli termasuk sepasang kurung warna biru.Sama kaler gan baju melayu aku.Oh bahagia!
Masa berbuka,aku tanya Syikin apakah yang buat dia minta putus dulu.Syikin tak nak jawab.Dia minta aku lupa kan hal itu.Aku ingat pada masa itu,aku bagi Syikin kaset lagu Hattan,'memburu rindu'
Hubungan kami berterusan bahagia tiada gangguan.Aku benar-benar bahagia..sangat bahagia.Tuhan saja yang tahu!Surat2 bukan lg jadi penghubung tapi talian telefon.Gaji aku habis bayar bil telefon jerr..malam2 gayut sampai 3,4jam kalau boleh nak 24 jam hhehe..bahagia sungguh bahagia dalam cinta ini.
Namun,ku sangka panas hingga ke petang..rupe nya hujan di tengahari..
Sehinggalah pada 3hb februari thn 19xx.Hari jadi aku,aku menerima kad dari seseorang!Sangka aku itu kad ucapan Hari jadi buat ku tapi aku silap!!
Dimanakah letaknya diriku ini..
sehingga ku rasa sungguh asing sekali..
semua nya bagai baru saja bermula
Ku cari rindu..
entah hilang..
ku pujuk hati..
tak usah sayu..
-----
Hatiku hancur tatkala membaca kad itu,hancur menjadi keping-keping yg tak mungkin dapat ku kutip lg.Apa dosaku,apa salahku ya Allah!Kenape begini...kenape Syikin?!! Aku rebah dengan undangan yang tak ku minta ini.Hadiah yang mungkin istimewa dari mu tapi aku...aku?tak fikirkah kau hati aku saat aku menerima kad ini,Syikin?
Undangan ke perkahwinan: Nurul Asyikin Bin Mohd Bxxxxx
dengan Mohd Adam Ian Bin Abdullah
dengan Mohd Adam Ian Bin Abdullah
Hari itu,aku terus cuti!Selama ini aku keluar dengan tunangan orang dan selama ini aku tak kau jelas kan segalanya.Atau adakah kau membals dendam pd ku?Soalan demi soalan bertalu bermain di fikiran aku.Rokok dah berapa kotak bertaburan.Aku betul2 tertekan,sedih..kecewa hampa dan segalanya.Aku cuba telefon Syikin tapi tiada jawapan.Akhirnya,aku telefon nenek,tanya pd nenek.Nenek dapat kesan aku menangis,suara aku dah tak nak keluar.."Beego,nenek pun tak tahu tapi dulu ada lah nenek dengar cerita,masa Beego kat US,Syikin betul-betul frust,dia kawan gan anak cina..bukan org sini"kata nenek."Nenek,fikirkan dia ok gan Beego..,sabarlah Beego,bukan jodoh Beego.Beego jangan frust,k" tambah nenek.
Hari bersejarah dan bahagia buat Syikin menjadi Raja sehari bersama Mohd Adam Ian,adalah hari duka buat aku.
Walaupun nenek melarang aku dari pergi kemajlis itu tapi aku tetap degil.Aku hadir,biar Syikin nampak aku,biar Syikin ingat aku..biar dia tahu aku hanya cinta kan dia!Hari itu aku pakai baju melayu biru dengan kain pelikat
yang Syikin beli.Biar dia nampak semua ini..cuma bezanya aku sudah bermisai!Frust..tanda frust!Bapak Syikin tak kata apa..dia hanya tepuk-tepuk belakang aku selepas aku dengan muka tak malu dan muka yg berharga lima sen ini menepung tawar buah hatiku kekasih orang!!!
Dan sebenar sehari sebelum hari perkawinan Syikin aku dengan berani meminta izin berjumpa Syikin dari mak ayahnya.Malam itu aku jumpa Syikin sekejap bawah khemah org kawin."Sayang,i hope u will be hepi gan apa yg u buat,i takkan lupakan u but i harap u boleh lupa i camne semudah ini u buat kat i.."Kata aku tegas biarpun sebenarnya aku tipu diri aku,kalau boleh aku nak Syikin sentiasa rindu dan ingat aku walaupun dia dia dalam dakapan orang lain dan kalau boleh aku nak Syikin berubah fikiran saat itu dan kembali pada aku tapii..apa daya ku,aku bukan Tuhan punya kuasa untuk mengubah segala ini.Dan dengan rasa sedih Syikin menjelaskan pada aku sesuatu yang aku tak duga dan tak terfikir,"Yang,i buat ni untuk u jugak,u jangan salahkan i,masa u kat US,daddy u ada kol i,nk tau apa daddy u kata? Dia nak i jangan ganggu u,u nak belajar..i rasa malu sayang!I frust..!! sebab itu bila kita jumpa kembali i gunakan masa itu untuk melepaskan rindu pada u.I memang nak saat indah begitu dengan u.Hidup i sengasara sebelum ini u tak tau..sampai mak ayah i halau i dari rumah pun ada kalau i tak berubah,u tau tu..?"Syikin mula menangis tapi dia cuba kontrol sebab ada beberapa mata yg sibuk bekerja utk kenduri tu menjeling ke arah kami."Tapi kenapa u tak cakap i yang u dah bertunang,i macam kena tipu.."kata aku."Beego,i tunggu u,kut-kut u kata yang u nak pinang i ke tapi takde pun sayang..tapi i tau itu tak mungkin terjadi kalau mak ayah u tak suka i.."tambah Syikin.Malam itu aku pulang dengan kecewa,nenek tak kata apa.
Hati ku hancur dengan cinta yang kesampaian ini.Kerja aku dah mulai merosot,kadang-kadang aku pergi kerja,kadang2 aku tak pergi..dah malas,jiwa kosong.Balik kerja aku tak tahu kemana..kekadang aku bawa kereta parking kat taman,aku tengok orang lain bahagia..tapi aku derita.Derita cinta!Aku tak sangka daddy tergamak buat macam tu pada Syikin,pada aku.Patut la masa kat US mummy asyik nak kenalkan aku dengan Zarina.Sikit-sikit suruh aku jumpa Zarina.Zarina pulak sikit-sikit minta tolong aku.Dan mummy ada sound kat aku..jangan gatal-gatal nak cari gilfren,abis belajar dulu nanti mummy yang cari.
Kesihatan aku mula terganggu,asyik-asyik MC sampai HR gan boss pun dah bosan.Akhirnya aku sendiri yang letak jawatan,bosan gan kehidupan ini.Aku balik tinggal dengan nenek.Berehat di kampung..nenek pun dah susah hati tengok aku.Aku dah mula kurang bercakap.Aku ingat,suatu hari tu..budak indon yang kerja dengan nenek tegur aku,"Bapak ni sakit ye..?""Ye,sakit cinta" jawab aku pendek buat dia terkejut dan dia diam.
Bila mummy tahu hal aku berhenti kerja,mummy balik Malaysia.Aku masih ingat masa itu,aku sedang berehat kat luar rumah tetiba mummy datang.Yang aku ingat mummy berleter kat aku dan aku terus belah masuk bilik dan tahu apa aku buat/!! Aku buat keje bodoh..aku ambil pisau lipat aku hiris betis aku..memancut darah keluar ke dinding bilik,aku pengsan.esok paginya budak indon tu masuk bilik menjeri-jerit tengok darah.Aku sebenarnya dah pengsan 4jam.
Nenek kecewa dengan sikap aku.Mummy lagi lah besar kemarahannya.Pesanan:Korang jangan ikut cara aku yang bodoh ni..berdosa!
Pendekkan lagi cerita,satu pagi di hari raya haji 198X,Hari itu semua ada kecuali daddy.Aku jumpa mummy[ kat dapur,aku hulur tanganku pada mummy,tapi mummy membebelkan aku,"Kau anak tak mengenang budi,anak yang menghancurkan harapan keluarga,tengok apa nak jadi dengan kau,if u dont want to change..u go out from here.."mummy betul2 melepaskan geramnya pada aku di pagi raya ini.Aku tak sangka mummy nak kata cam tu kat aku,aku terus ambil kunci kereta,ambil bag untuk pergi dan aku masih ingat bagaimana nenek dan kakak2 ku menangis di pintu rumah melihat aku pergi.Walaupun mereka merayu..aku terus pergi tanpa peduli kan mereka.
*Mummy,kakak..maafkan aku mengungkit kisah lama yg pilu ini.
Harusnya takkan kubiarkan engkau pergi,membuat ku terperuk rasa ingin mati,derita yang mendera kapankan berakhir,hanya kau yang mampu taklukkan hati ku..
Aku pergi dengan langkah kecewa,kecewa pada cinta dan segalanya ini,duniaku gelap untuk memandang ke depan.Aku jual segala yang aku ada,kereta,rumah,perabut dan aku pergi keluar negara.Dari India ke Amman, Jordan,Taiwan aku terus ke Jepun.Disana Kyoko ada untuk menemani aku.Dia begitu kecewa dengan sikap aku. Nanti lah ada masa aku cerita pasal gadis mata sepet ni,pasal korang.Lama jugak aku disana,nak tau apa aku buat? Aku buka kelas Bahasa untuk kawan-kawan Kyoko yang rata-ratanya pramugari.Sambil tu aku juga belajar Bahasa Jepun dan part time aku cuci kereta.Cari makan!
Hampir tiga tahun aku disana,satu hari itu aku dapat berita daddy sakit.Mulanya aku buat tak tahu tapi bila Kyoko tahu,dia desak aku suruh aku balik Malaysia ziarah daddy.Aku pun balik..Daddy juga macam arwah atuk ada masalah jantung.5jam sempat aku bersama daddy,mummy dan kakak pun ada.Akhirnya,daddy pergi menemui Illahi tepat jam 2pagi.Mummy benar-benar sedih,juga kakak dan anak2 daddy yang lain.Nenek dah tiada siapa. Daddy anak tunggal nenek.Tapi nenek masih ada mummy menantunya,ada aku cucu tunggal lelakinya yang degil,nenek ada kakak2 aku yang lain.
Pendekkan citer,lepas daddy meninggal aku pergi europe pula,tinggal di Swistzerland bersama mak cik aku (sebelah mummy).Lepas tu aku ke UK tinggal dengan sepupu aku.Disini aku campur dengan students Malaysia dan disinilah aku jumpa seorang kawan yang ku gelar ustaz.Dia banyak bercakap tentang agama,kehidupan dan keagungan Tuhan pada aku.Disitu aku berubah..!dia rajin ajak aku buat solat tahajud.Alhamdulillah,aku mula tenang!Taklama aku di sana aku terasa rindu untuk pulang.Lagipun nenek perlukan aku.
Di Malaysia,aku buat kerja sukarelawan kat Hospital.Aku hepi dengan apa yang aku buat.Sehinggalah satu pagi itu aku jumpa bapak Syikin kat parking hospital."jenguk sape,pak cik?" tanya aku pada dia.Dia macam terkejut,terus ajak aku pergi minum.Rupanya,Syikin yang terlantar di hospital,breast cancer!Dan bapak Syikin ceritakan pada aku,Selepas kawin Syikin dapat anak perempuan tapi Syikin tak bahagia kerana suaminya nak kawin lagi.Akhirnya mereka bercerai tahun lepas.Anak buat masa ini suami Syikin yang jaga.Dan bila aku tanya pada dia bila Syikin sakit,katanya Syikin dan keluar masuk hospital banyak kali dah.Ya,Allah sekali lagi aku bakal diuji!
Aku amat simpati pada Syikin.Apakah mampu untuk aku menebus segala kekecewaan hatinya semula? jawapan nya Ya!!aku janji untuk kembali pada Syikin membawa kebahagian untuknya dengan apa cara sekali pun dan aku tak mahu melepaskan nya lagi.Setelah minta izin dari mak bapak Syikin,aku pergi ke wad Syikin.Aku benar-benar terkejut tengok keadaan Syikin..kurus,pucat..terasa mahu aku dakap tubuh yang aku cintai ini.Debaran hatiku kian kuat untuk mendekatinya.Syikin sedang tidur.Takpe lah aku tak nak ganggu dia dan demi untuk menjaga kesihatanya,aku tak mahu dia terkejut.Aku suruh bapak dia bagitahu Syikin yang aku ada disitu dan bila aku akn jumpa dia.
Hari itu dalam lebih kurang pukul dua selepas zohor dengan hati yang berdebar akan reaksi Syikin aku melangkah ke katilnya."Hai..sayang!"itulah ucapan pertama terkeluar dari mulut aku.Tiba-tiba Syikin terus menutup mata dengan sebelah tangan kanannya."Hei..jangan camni,jangan lah nangis..Tuhan dah temukan kita lagi,please sayang.."lama aku menunggu reaksi dari Syikin.Aku duduk di sebelah katilnya lalu ku pegang tangan kirinya..sejuk!Aku gosok-gosok tangan itu utk mengembalikan kehangatannya.Tiba-tiba Syikin bersuara, "Im sorry Beego, u tak sepatutnya tengok i macam ni.."kata Syikin dan tangan yang menutup mata di bukanya menatap aku.Sedih aku melihat wajah mu Syikin,wajah duka penuh kesengsaraan."Its ok,semua kuasa Tuhan,Dia yang punya kuasa,u sabar ye.."pujuk aku.Lama aku habiskan masa dengan Syikin tanpa mengungkit cerita lama.Yang aku bualkan ialah tentang penyakitnya itu.
Esoknya,nak atau tak nak aku tukar Syikin dari wad kelas dua ke kelas pertama.Semua aku akan tanggung.Syikin sememangnya tak mahu tapi dia kalah dengan ketegasan aku.Mak ayah Syikin pun tak boleh kata apa,ikut aje!
Satu bilik satu orang itu yang sebaiknya untuk pesakit seperti Syikin.Dan sebenarnya aku lebih bebas nak masuk dan berbual dengan Syikin.Sekarang siang sampai petang aku jaga Syikin.malam emak Syikin yang jaga.Beban maknya mudah sikit bila aku ada.
Hari-hari dengan Syikin di wad aku rasa hepi dan ada perubahan pada Syikin.Dia mula nak makan kalau dulu takde selera.Kini keceriaan mula terpancar di wajahnya.Aku tak banyak mengungkit kisah duka tapi aku selalu ingatkan Syikin kenangan waktu sekolah dulu.Dia selalu gelakkan aku 'mamat rambut berkilat' itu gelaran masa sekolah kat aku.
Sebenarnya,walau aku bukan doktor,hanya cucu seorang doktor dan jururawat,adik kepada seorang doktor,tahu lah aku sedikit sebanyak tentang keadaan di hospital,dunia aku bersama medical peoples.Sebenarnya Syikin di tahap maksimum,sebelum ini dah dua kali operation.Aku dapatkan semua info dari doktor yang merawatnya yang kebetulan kawan aku.Nenek pun pernah datang melawat Syikin.Nenek pernah cakap dengan aku,aku perlu tabah dengan apa yang akan terjadi,aku perlu tahu untuk bersiap sedia..mulanya aku tak faham apa maksud nenek tapi aku akhirnya mengerti yang nenek tak mahu aku kecewa lagi andainya hajat ku tak kesampaian.
Suatu hari itu,lebih kurang 4 hari lagi nak hari raya haji,aku mula lihat peubahan kesihatan Syikin makin baik.
"Sayang, nanti kita kawin ye.."kata aku pada Syikin.
Berkerut dahi Syikin tapi dia senyum.
"U doakan i sihat, ok"katanya ceria menambahkan keyakinanku untuk memilikinya.
Tapi bila aku keluarkan cincin yang aku beli semalam,wajah Syikin berubah.
"I dont care, walaupun satu hari jerr u dapat jadi my wife pun i tak kisah"."I need u in my life,i tak boleh hidup tanpa u sayang.."aku pulak emosional.
Syikin tak kata apa tapi aku tengok dia menangis..ini yang aku lemah ni..!
"Sayang,i tau u lelaki yang baik,untung siapa yang dapat u,i sayang u tapi..u tau kan,i sendiri tak mau kecewakan u tapi dalam keadaan i camni how i nak jaga u dear,,?"jelas Syikin pada aku.
"I tak nak u menangis hari-hari tengok i derita,hari2 buang masa gan i kat hospital.."tambah Syikin.
Aku diam biarlah dia berkata aku mendengar.
"I nak u hepi,ada anak2 u sendiri,u jangan kecil hati..u carilah orang yang betul-betul boleh jaga u" kata Syikin buat aku tersentak.
"Kenapa u dah benci i..?"aku cam budak kecil pulak.
Aku faham tapi masih buat tak mengerti sebab yang aku mahu adalah dia dalam apa jua keadaan dia.Syikin diam,airmatanya mengalir lagi.Kami sama-sama diam sebentar.
"Beego sayang,i nak u bahagia,u faham tak..?"kata Syikin.."walaupun tanpa i bersama u" sambung Syikin hiba dari nada suaranya yg semakin slow.
"Yang i cinta hanya u,i tak nak orang lain,u faham tak? yang nak i lamar ni u Syikin"aku rasa tertekan menjelaskan kata2 ini.
"Do u love me,Nurul Asyikin?" tanya aku tegas siap pakai nama betul dia lagi.
Lama baru Syikin jawab,"kerana cintakan u lah i sanggup berkorban,sayang"
Aku lihat Syikin mula mengurut-ngurut dahinya,mungkin pening gan kerenah aku.
Aku pegang tangan kanan Syikin,aku masukkan cincin ke jari manisnya lalu aku kucup tangan itu dengan deraian airmata aku jatuh disitu.
"Please,sayang..i tak boleh hidup kalau u takde.." aku betul2 sendu.
Syikin gengam tangan yang aku pegang erat,dia pun turut menangis.
"I taktau apa yang Tuhan sedang uji pada i."bisik Syikin dalam sendu.
"Serba salah meletakkan harapan tinggi buat u sedangkan u tau i tak mungkin hidup lama"jelas Syikin.
Aku tunduk tak melepaskan gengaman tangan Syikin di wajahku dan kata2 itu buat aku lagi sebak.
Tiba-tiba pintu terbuka,aku cepat-cepat lepaskan tangan Syikin.Syikin pun begitu..
"Hey u,dont make her stress,k" kata doktor yang masuk tu>kacau daun sungguh!!
" U ok Puan Asyikin..?" tanya doktor itu.
Syikin ku lihat hanya senyum sambil mengangguk.
"She need rest.."kata doktor itu pada aku dan aku faham maknanya aku kena keluar,jangan ganggu Syikin.
Doktor keluar dan aku pun bangun untuk keluar.Tiba-tiba Syikin tarik tangan aku.
"Sayang,i love u and thanks"Syikin kucup tangan aku sambil tersenyum.
"I love u too..forever!" kata aku sebelum keluar.
Dua hari aku tak jenguk Syikin di hospital sebab aku terpaksa hantar nenek balik KL,nak raya kat KL tahun itu.
Hari ketiga aku sampai,aku terkejut Syikin berada dalam keadaan koma di ICU.Aku marah bapak Syikin kenapa tak bagitahu aku.Rupanya Syikin baru je beberapa jam koma.Aku rasa nak rebah tengokkekasih aku macam ni..
Malam itu aku tunggu Syikin dengan mak bapak nya di pintu ICU dan bergilir-gilir masuk.Kami baca yasin.
Bila aku tanya doktor,kawan aku tu...Dia hanya kata sabar,Syikin memang kritikal!
Bila aku tanya peluang untuk hidup?50-50 katanya.Oh my God!!!
Aku mula salahkan diri,aku kah yang buat dia stress dengan lamaran aku tu?!! entah lah...!
Esoknya,satu hari sebelum hari raya haji sepatutnya aku kena balik KL semula untuk menyambut raya dengan family disana tapi hati aku berat nak balik.Berkali-kali bapak Syikin kata takpe..baliklah,apa2 erjadi pd Syikin dia akn bagitahu aku.
Aku serba salah,hati berbelah bagi..Aku ke cafe sekejap untuk tenangkan fikiran.Belum habis air segelas aku minum ada panggilan kecemasan dari ICU untuk aku.Hati aku dah tak sedap! aku lari bagaikan Superman..dan setibanya aku di katil Syikin aku tengok..dua doktor dan dua nurse berada di situ.Dan aku tahu...Syikin beberapa saat yang lalu baru pergi meninggalkan aku..Aku rebah sekali lagi di dinding wad ICU itu!
----------
KAU PERGI JUA
Sayangku
tahukah kau didalam hatiku ini
tersimpan perasaan cinta padamu
Kau bunga
ingin kusunting mu menjadi milikku
lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya
harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
kau pergi tak kembali......
KAU PERGI JUA
Sayangku
tahukah kau didalam hatiku ini
tersimpan perasaan cinta padamu
Kau bunga
ingin kusunting mu menjadi milikku
lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya
harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
kau pergi tak kembali......
Aku rebah,rebah yang tak tebangun buat kali ini.Mengapa ini yang terjadi padaku?Bukan pada orang lain..Tuhan,berat benar ujian Mu buatku kali ini.Hancur hatiku bukan lagi berkeping-keping tapi terus jadi debu.Dimana dapat aku cari ganti seperti mu,Syikin?Kau pergi membawa cintaku,membawa kenangan kita bersama.Terasa ingin aku turut serta,mati bersamamu..tak terdaya aku untuk hidup tanpa mu di sisiku..tak bererti cinta ini andai bukan kau yang memujaku.
Sehingga kini berapa lamanya aku menutup pintu hatiku pada orang lain.Mungkin cinta pertama orang lain tidak seperti cinta yang aku lalui..kerana cinta aku bahagia,kerana cinta aku jua derita..Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan..'.
Dan mummy,aku tidak pernah menyuarakan luka hatiku,pedih kesengsraan jiwaku pada sesiapa jua.Namun untuk kali ini,maafkan mengungkit kisah lalu.Tiada dendam lagi antara kita.Aku jua tahu kau turut sengsara mempunyai anak seperti aku seperti yang luahkan padamu di 'Sebatas kejujuran'.
Dan buat insan2 yang tahu tentang kisah ini dan mengenali aku.Terimalah aku seadanya aku,seorang insan yang bangun dari luka semalam.Kisah2 semalam yang membuat aku lebih peka dan matang mengharungi kehidupan ini.
kemaafan aku pinta,andainya jalan kita tak sehaluan,tujuan kita tak sama.
Setiap kali pulang ke Utara,aku tidak pernah lupa untuk mengunjungi pusara Syikin.Dan yang aku tahu..anak perempuan Syikin yang aku lihat seusia dua tahun dulu,kini remaja..kabarnya wajah nya persis Syikin.Aku rasanya tak mampu untuk menatap wajahmu Emylia Izzati Mohd Adam Ian.Namun,andainya,kau insan yang bernama sebegitu membaca disini,tahulah kau betapa aku begitu mencintai arwah ibu mu.Muga kau tabahkan dirimu mengharungi kehidupan ini.
Hidup aku perlu diteruskan,biar payah biar lelah!Namun pintu kebahagiaan sedia menanti kini,bersama cinta yang baru insyaallah!Selama mana aku akan hidup lagi,aku tak mahu fikirkan itu..yang aku tahu,aku ingin bahagiakan setiap insan yang mengenali aku,yang mendampingi aku termasuk teman-teman yang ada disini.All the best to u all!
Cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak mengenal nestapa
Cintaku hanya indah hanya bahagia
untuk selamanya
Apa yang kurasa ini
persembahan untuk dirimu
mencintai mu tak mengenal erti
tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintai mu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri mu selalu..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar